Tuesday, October 6, 2009

Silsilah keluarga Baharudin

Kali ini kita semua akan membincangkan tajuk silsilah keluarga Baharudin. Baharudin ialah anak kepada Ngah Ismail dan Zainab. Oleh kerana keluarga Ngah Ismail ini besar, maka kita untuk kali ini hanya membincangkan keluarga Baharudin dahulu. Kemudian, barulah kita akan membincangkan silsilah yang lain-lain.

Mungkin dalam perbincangan ini ada yang tak lengkap, jadi boleh tolong betulkan kat sout box yer. Bahan-bahan ini pun ejai dapat dari temuramah dengan mak . Segala penjelasan boleh dapatkan dari mulut mak sendiri.

Baharudin telah berkahwin dengan Badariah. Hasil perkahwinan mereka, maka mereka dikurniakan dengan 8 orang anak. Mereka itu ialah :


1. Jefri

2. Zamri

3. Badri

4. Bakri

5. Hasri

6. Sochaini

7. Azni

8. Shamsuri

Setelah kita ketahui mereka ini, kita akan memperjelaskan sorang demi sorang.

1. Jefri.

Jefri ialah anak sulung pasangan atuk dan opah kita. Maka panggilannya ialah Pak Long lah. Namun mengikut mak, umur Jefri tidaklah panjang, apabila beliau maut terbakar kerana kejahatan bintang tige atau pun komunis yang membakar rumah atuk kita itu.

2. Zamri

Zamri ialah anak kedua yang kita sama-sama panggil Pak Ngah. Beliau dijodoh dengan orang kedah yang bernama Aisyah. Hasil perkongsian hidup mereka, maka mereka dikurniakan 8 orang anak iaitu :

1. Azlinda ( sudah berkahwin dikurniakan 3 orang anak )

2. Azrin

3. Zarul

4. Hanim ( sudah berkahwin )

5. Amir

6. Awie

7. Aziah

8. Azizah


3. Badri

Kita memanggilnya dengan nama ayah alang. Beliau berkahwin dengan Sopiah dan mendapat 4 orang anak. Anak-anak mereka ialah :

1. Azura

2. Mastura ( kembar )

3. ( kembar )

4. Ayin

4 . Bakri

Anak ke empat dari pasangan Baharudin dan Badariah ialah Bakri. Bakri telah dijodohkan dengan Rokiah. Dan hasil perkongsian hidup ini, mereka dikurniakan dengan 5 orang anak, iaitu


1. Manja

2. Intan

3. Alang

4. .

5. Nana

5 Hasri

Panggilan beliau dalam keluarga ini ialah Pak Andak. Pak Andak ialah antara adik beradik yang rapat dengan mak. Pak Andak telah berkahwin dengan Saadiah dan dikurniakan dengan 3 orang anak.

1. Ijoi

2. .

3. .


6. Sochaini

Sochaini ialah mak kita orang. Di kampung, mak dikenali dengann nama songe. Asalnya dari perkataan bunge ( bunga ). Atuk sentiasa panggil mak si bunge. Akhirnya untuk short form, jadilah songe.huhuhu…Mak berkahwin dengan abah, Mohd Sati bin Haji Basri, ketika berusia 16 tahun. Dari ikatan tu, maka dikurniakanlah 9 orang anak. Anak-anak mereka ialah :

1. Norsalina

2. Norlisani

3. Norsyima

4. Shahrul Azwan

5. Shahrul Rizal

6. Muhammad Nasrul

7. Nuradilin

8. Nuratiya

9. Muhammad Fakhruddin


7. Azni

Panggilannya ialah Achik atau Mak Chik. Beliau seorang yang cukup ceria. Kalau kehadirannya cukup menghiburkan kami. Mak juga rapat dengan Achik. Kalau beraya dikampung, kami mesti bermalam di rumah Achik.

Jodoh mak Chik adalah dengan lelaki yang bernama Shamsudin yang kami panggilnya Cik Udin. Mereka dikurniakan dengan 7 orang anak. Anak-anak mereka ialah :

1. Azian

2. Saiful ( meninggal )

3. Shamsul

4. Fadhil

5. Akmar

6. Wan

7. Hakim


8. Shamsuri


Kami memanggilnya dengan nama chu atau pak chu. Sekarang Pak Chu menetap dengan Achik di Tambun, Tanjung Rambutan. Chu pernah berkahwin dengan Zarina dan dikurniakan dengan 3 orang anak.2 lelaki dan seorang perempuan. Anak –anak chu ialah :

1. Hafiz

2. .

3. .

Ini ialah keluarga besar Baharuddin dan Badariah. Selepas ini kita akan membincangkan pula, silsilah keluarga besar Ngah Ismail dan Zainab. Namun, perbahasan ini tak lengkap. Sesiapa yang boleh tolong ejai lengkapkan maklumat di atas ni. Dengan siapa mereka berkahwin dan nama penuh anak-anak mereka pula. Tak lah kita sampai tak tahu pula nanti. Lebih baik kalau siapa yang tahu alamat rumah, bagitau ejai jugak. Jadi, dapatlah kita saling kunjung mengunjungi. Jangan lupa, tolong ejai penuhkan data tu yer.

No comments:

Post a Comment