( Rumah 405 dulu dan yang terbaru sekali )
Kami sering berpindah rumah. Dari satu rumah ke satu rumah yang lain.Tapi, kalau kami pindah pun taklah jauh sangat. Dekat-dekat situ jugak. Namun, ia tetap memberi kenangan yang manis, pahit, masam dan masin pada kami.
Setiap rumah ada nilainya. Walaupun ada yang kami sewa. Ia semacam rumah kami sendiri. Apa-apa pun meh kita saksikan rumah-rumah kami.
1. 544, Taman Senawang Jaya
Inilah rumah pertama yang kami duduk. Sejak berpindah dari Perak, dekat sinilah kami menetap. Taman Senawang Jaya telah mula dibina sejak tahun 1978, tapi kami mula duduk dekat situ pada tahun 1982. Pada waktu tu, taman yang ada dekat situ ialah Taman Senawang Jaya dengan Taman Marida sahaja. Selebihnya adalah hutan.aku masih ingat lagi suasana hutan tu. Kalau pergi berjonging pagi-pagi tu dengan abang aku, memang aku akan melalui hutan-hutan dekat sana. Lombong-lombong pun masih banyak. Jadi banyak la kolam yang aku pergi mancing dekat sana. Tapi sekarang ni dah tak de dah. Dah kena tambak buat rumah semuanya.
Masa tu jugak, surau pun masih kayu. Balai raya pun macam kandang kambing aje…huhu…tapi kat situ la aku belajar tadika dulu. 2 tahun pulak. Kat situ jugak la mak aku belajar masak-masak kueh. Buat aiskrim…heheh..aku masih ingat aiskrim-aiskrim yang mak buat. Memang sedap…bila tah mak nak buat lagi…tah-tah mak pun dah lupe resipi dia.huhuhu
Masa duduk dekat 544 ni, yong masih belajar kat perak. Alang dekat SMKA SHAMS. Ita kat Seri Ampangan. Wan ngan ejai belajar kat KGV. Yang lain-lain tu kecik lagi.huhu…
Rumah 544 ni, kecik aje. Bilik ade 3. Tapi sempit la. Kalau jalan-jalan mesti dekat situ jugak. I bilik untuk anak-anak lelaki. 1 bilik untuk anak-anak perempuan dan 1 bilik pula untuk mak abah. Kat rumah ini, mesin basuh tak de. Tiap-tiap pagi mak akan basuh baju.
Dekat rumah ini, pengalaman kita orang ialah berniaga. Maka pernah berniaga warung kat rahang. Masa tu kalau cuti, memang kami anak beranak akan ade kat sana. Lagi satu, pengalaman aku meniaga nasi lemak kat sekolah. Sekolah KGV. Tiap – tiap hari kena bawa nasi lemak ke sekolah.huhuhu.
Kami duduk dekat sini dalam beberapa tahun aje. Yang aku ingat la, darjah 5 tu dah pindah dah. Dalam 5 tahun, macam tulah. Lepas tu kami pun berpindah ke 405.
2. 405 Lorong Delima 2, Taman Senawang Jaya.
Rumah 405, tak lah jauh dari rumah 544. Kalau jalan kaki tu, tak sampai pun 2 minit. Tapi, rumah 405 ni dia corner lot. Jadi ruang tanah memang luas lah. Kalau main bola pun boleh . Tujuan kami berpindah ialah apabila abah mula memasuki arena perusahaan makanan. Abah mula buat mee kuning dan cili boh. Jadi ruang belakang tu digunakan untuk buat mee dan cili boh tulah. Tapi, kami tinggal di situ tidak lama. Kerana kekangan daripada pihak MPS maka kami pun berpindah la ke Taman Marida.
3. 1191, Taman Marida
Kami melangkah ke rumah ini dengan hati yang berat sebenarnya. Sebab dekat rumah yang kami duduk ni tak de pun orang lain yang kami kenal. Kami tinggalkan kawan-kawan dan orang yang kami kenal dan berpindah ke kawasan yang sunyi aje. Mengapa tak best duduk kat sini
1. Sebab tak de orang kenal
2. Sebab kalau ada orang pun paling ramai orang cina.
3. Sebab ni kawasan rumai kedai yang ramai orang buat kilang yang kecil
4. Ramai bagla duduk kat situ
5. Jauh ke hujung dunia.
6. Nak keluar pun jauh jugak
7. Banyak anjing
Untuk pengetahuan, rumah yang kita orang duduk ini ialah rumah kedai.huhu…tapi memang besar ruang rumah kedai ini. Dekat atas aje ada 4 bilik. Jadi memang selesalah kami sekeluarga duduk kat situ. Tapi, sebab-sebab dekat atas tulah aku tak berapa suka dok kat sana.
Dalam pengalaman akulah, aku memang seawal pagi akan pergi ke bus stop kat jalan besar. Sorang-sorang pulak tu. Bayangkanlah bila ada cina mati kat situ. Mayat cina mati tu ada kat dalam keranda depan rumah diaorang. Pas tu masing-masing tidur. Bila aku lalu, tak main seram pulak kan. Kadang-kadang siap anjing menyalak lagi. Mana tahan beb.
Dekat rumah ini, adalah yang paling banyak kenangan kita orang. Yalah kan, aku dibesarkan kat situ. Maunya tak banyak kenangan. Pasal kenangan-kenangan tu aku cerita lain. Dalam entry yang lain. Mesti best punya. Dekat umah ni lah alang kahwin dan lain lain lagi.
Apabila sorang demi sorang keluar dari rumah ni untuk sambung belajar, jadi susah dekat abah cari pekerja baru. Selalunya kita oranglah yang buat kerja-kerja tu. Wan pindah pegi belajar kat kuala klawang dan politeknik. Ejai pegi Maahad Ahmadi. Alang pegi kolej Islam, pastu pergi ke Mesir. Ita pulak pergi Slim River pastu pergi Matktab kat Durian Daun, Melaka. Nas awal lagi pergi ke Semenda. Yong aje lepas belajar kat Uitm Dungun dan duduk kat rumah tu kerja ngan abah.
Rumah ni la yang paling lama kita orang duduk. Aku masih ingat lagi. Kita masuk rumah ni, lebih kurang tahun 1989 dan pindah pada tahun 1996. Macam tulah. Masa tu aku nak pergi Jordan dah masa tu.
Selepas tu kita orang pindah balik ke 405.
4. 405 , Jalan Delima Taman Senawang Jaya.
Apabila abah dah tak buat mee lagi. Kilang mee pun dah dilingkupkan oleh geng-geng al Arqam tu. Masa tulah kita orang balik ke rumah lama ni. Pasal, duduk kat sini lebih best . Kengkawan ada ramai. Sejak pindah sini, abah mula jadi kontraktor baiki rumah orang. Bila dah duduk situ balik, ramai pulak yang dah abis belajar. Alang pun abis belajar. Duduk kat Gombak. Kerja pun kat sana sampai sekarang. Ita pun abis belajar. Ngajar kat kukup. Masa aku nak pergi Jordan tu. Masa tu ita kahwin pulak. Yong dah kerja bank kat Kajang masa tu. Pun kahwin kat rumah tulah. Wan kerja kilang lagi masa tu. Tapi abah suruh kerja kerajaan. Wan pun terima kerja bomba dan pergilah ke Pulau Pinang. Keje kat situ sampai sekarang. Dekat rumah ini jugaklah wan kahwin.
Bila semua dah kerja. Dah ada pendapatan, barulah suasana rumah tu yang agak kecik dibesarkan. Dari rumah sewa, Wan beli rumah tu. Diperbesarkan dengan duit wan dan ita. Jadilah apa yang ada sekarang.
Rumah ni sekarang dah berubah banyak. Dah jadi dua tingkat. 1 bilik dan loteng kat atas. Dan ada 5 bilik kat bawah. Ruang tamu pun dah besar. Dah selesa lah tu. Tapi akan sesak-sesak jugak bila semua balik kampung. Terutamanya rayalah. Tapi tak pe. Itulah yang nampak lebih meriah.
Itulah serba sedikit pasal rumah yang kami pernah duduk dulu, kini dan akan datang.
Rinduku bertandang semula
13 years ago
No comments:
Post a Comment