Setelah mendapat sambutan dari peserta Hari Keluarga kali pertama yang julung-julung kali diadakan di Pulau Pinang pada tahun sebelumnya, maka program Hari keluarga kali ini diteruskan dengan diuruskan oleh keluarga Yong pula. Kali ini kami ke Port Dickson. Kali ini kami berkumpul di rumah mak dululah sebelum berangkat ke Port Dickson.
Hari Pertama
Kami semua bergerak ke rumah yong untuk sarapan pagi. Pagi tu, sarapan telah disediakan oleh yong dan alang.Yong menyediakan nasi goreng dan gotong royong yong, alang dan ita memasak spegetthi. Abang long beli jugak nasi lemak. Maklumlah terlalu ramaikan takut tidak dapat menampung bekalan yang secukupnya.
Selepas kekenyangan dari sarapan pagi. Lebih kurang pukul 10 kami bergerak balik ke rumah untuk bersedia bergerak ke Port Dickson. Pukul 1, barulah kami bergerak menuju ke Port Dickson. Macam biasa kereta yang dinaiki ialah kereta yong selaku ketua dan penganjur, ita, alang, wan, dan ejai.
Untuk pengetahuan, hari keluarga kali ini telah disertai oleh keluarga achik. Yang ikut sekali ialah Achik, Cik udin, yan dan suaminya dan hakim. Lebih kurang pukul 2, kami sudah sampai di NUBE. Resort yang disediakan untuk kakitangan bank. Jadi yang uruskannya ialah abang longlah. Agak lama jugaklah kami menunggu untuk check in ke bilik-bilik kami.
Kami dapat bilik yang hujung-hujung berhadapan dengan pantai. Tapi, memang puas hati sungguh la kat NUBE ni. Sebenar rumah sebab dalam tu ada bilik-bilik yang lain dan ada dapur lagi . Luas betul lah. Kalau tak salah ejailah, ada 3 bilik dalam rumah tu.Jadi kalau tak salah jugak, yong amik 4 buah rumah. Satu rumah untuk mak, abah dan keluarga ita. Rumah kedua untuk Yong dan alang. Rumah ketiga untuk wan, bujang lelaki dan bujang pompuan. Rumah yang keempat untuk keluarga Achik.
Lebih kurang pukul 2 lebih barulah kami dapat masuk bilik. Rehat-rehat kejap dah pukul 4 petang. Petang tu kami pun pergi minum petang. Apa yang kami dapat belajar dari pengurusan hari keluarga tahun lepas ialah, masukkan bajet masak dari luar untuk hari keluarga dan bukannya peserta turut masak. Memasak akan menyebabkan lebih letih kerana semua terlibat dengan acara yang telah ditetapkan.
Selepas minum petang, semua orang dikehendaki untuk turun ke pantai. Petang itu ada acara sukaneka. Sukaneka dimulakan dengan setiap pasangan dan keluarga perlulah membuat tagline mereka sendiri. Jadi macam-macam tagline lah adanyer. Ada yang buat macam spongebob dan tah apa-apa tah. Yang bujang jugak tidak ketinggalan hahahah….
Selepas tu, barulah aktiviti sukaneka dimulakan. Antaranya ialah permainan duduk diri, baling telur, dan macam-macam lah. Macam tahun lepas jugak sukaneka ni dibahagikan kepada beberapa bahagian. Untuk kanak-kanak, pasangan, keluarga, lelaki sahaja, dan perempuan sahaja. Tapi, apa yang tak bestnya ialah pantai ni ramai sangat orang. Keduanya banyak batu.maka susah sket nak buat sukaneka. Yang terakhirnya, terlalu jauh kena naik bukit nak balik ke bilik.huhuhu
Bila dah puas bersukaneka. Pemenangnya dah pun tahu, masa untuk mandi laut.hahaha…lama jugak bebudak ni mandi…agak-agak dah kecut. Barulah naik ke bilik masing-masing. Buat persiapan untuk aktiviti seterusnya pulak.
Pukul 8 malam, semua orang ke kafeteria untuk makan malam. Makan dekat kafe dia boleh tahan jugaklah. Tapi, malam tu bertembung dengan program apatah, jadi kita orang makan kat luar aje. Tak kisahlah janji boleh makan.huhu…
Selepas makan, semua orang balik ke bilik dan bersiap untuk pertandingan badminton. Pasangan regu telah ditetapkan. Pasukan akan bermain kalah mati.huhu…masing-masing telah memberi persaingan yang sengit. Selepas pertandingan tersebut.Semua orang berkumpul di rumah abah mak untuk penyempaian hadiah.
Bermula dengan ucapan mak abah dan seterusnya penyampaian hadiah disempurnakan oleh abang long untuk pertandingan sukaneka dan pertandingan badminton.Riuh rendah dan suasana begitu gamat ketika acara penyampaian hadiah ketika itu. Habis sahaja majlis, semua orang masuk tidur dan berehat.
Hari kedua.
Pagi itu kami bersiap awal dan bersarapan di kafe. Selesai sahaja minum pagi, mesyuarat keluarga kali kedua diadakan. Selepas mesyuarat, kami pun bersiap sedia untuk meninggalkan NUBE dan pergi ke zoo melaka. Perjalanan dari PD ke melaka tidaklah begitu jauh. Tambahan pula kami hanya mengikut jalan dalam sahaja.
Kami sampai di Melaka, kira-kira pukul 1 petang. Yong pun menguruskan duit masuk zoo melaka. Kami pun berjalanlah. Mula-mula nak naik tren..tah apahal tah tren lambat. Kami pun jalan kakilah. Tapi tak boleh jalan jauh-jauh, sebab mak pun tak larat. Jalan skit ajer..lepas tu kami pun keluar dari situ.
Kami sempat bergambar dipintu hadapan zoo melaka. Kemudian kami terus berangkat pulang. Kami sampai dirumah petang jugak.Begitulah secara ringkasnya, program hari keluarga kali kedua yang berlangsung di Port Dickson.
No comments:
Post a Comment