Sunday, October 11, 2009

Pengalaman Raya Waktu Kanak-Kanak



Sempena masih bulan syawal nie, ejai nak bercerita tentang waktu raya dulu-dulu, khasnya buat anak-anak buah ni. Nak cerita pasal hari raya pakcik-pakcik korang nie. Memang betul tak sama dengan raya korang semua.
Mungkin sebab ni kampung korang bukan rumah korang, jadi pasal tulah , korang macam tak beberapa nak pergi rumah orang kat sini. Kita orang memang jarang balik kampung dulu. Kalau balik kampung pun macam korang jugak lah. Terperuk aje. Huhuhu
Masa kita orang kecik-kecik dulu, kita orang nie asyik berjalan aje. Sebab dah ada kat senawangkan. Jadi tak tahu buat apa. Berjalan rayalah kita orang. Adapun tujuan yang lain ialah nak cari duit lebih la.Alahai, dulu hidup kitaorang ni memanglah macam orang biasa aje. Nak kata miskin sangat, tak lah. Dapatlah beli baju raya tu. Tapi taklah yang branded atau mahal-mahal. Yang biasa-biasa ajer. Jadi tujuan kumpul duit raya tu, dapatlah merasa beli kasut ke, baju yang mahal sket ke, atau apa-apa aje hajat dihati.
Kita orang akan berjalan dan pergi raya rumah orang setiap rumah kat taman tu kita orang jelajah. Yang kenal atau tak kenal sekali pun. Habis seluruh taman senawang jaya kita orang pergi, kita orang pergi taman marida pulak. Selamba aje pakcik-pakcik korang ni. Kalau diaorang tanya, anak siapa: Kita orang jawablah anak Mohd Sati. Berkerut muka diaorang pasal tak kenal.hahaha…lantaklah. lagipun kita orang budak-budak, bukannya tau malu lagi. Huhu.
Habis taman Marida, kami pun bergeraklah ke Taman yang lain pulak.Kalau kat senawang tu, Cuma ada Taman Senawang Jaya dengan Taman Marida aje, jadi terpaksalah kami pergi ke seberang pulak. Taman Rashidah Utama pun kami sebat jugak. Yang belah atas dan belah bawah kita orang balun aje. Hajat mesti besar punya. Kalau rumah tu besar mesti orang kaya punya. Jadi dengan harapan mesti diaorang bagi banyak duit. Huhuhu
Kita terpaksa pergi ke Taman Guru untuk beraya. Abis semua rumah Taman Guru tu. Pening kepala diaorang. Tah anak siapa pulak yang datng beraya ni. Hahaha…jalan aje. Ingat lagi kat Taman Rashidah Utama tu ada terowong air besar kat situ. Kita orang masuk kat situ, main tangkap burung layang- layang.heheh..dah buang tebiat la tuh…

Korang ingat, kita orang yang bersungguh-sungguh pergi raya ni, dapat duit raya banyak ke. Mana ade. Duit yang paling banyak pun RM 30 aje. Mana tak nye,masa tu diaorang bagi 20 sen aje. Kalau 5 buah rumah baru singgit. Kalau yang kaya tu, bagi 50 sen. Tak macam sekarang. Lagi besar duit raya tu. Lagi satu bila abang-abang dan kakak-kakak dah besar adik –adik pulak tak perlu beraya lagi. Dah banyak dapat tu. Sorang bagi Rm 50. Lumayan tu. Huhuhu…nasib kita orang la dulu. Tapi tu lah pengalaman yang tak boley lupa punya. Kalau nak patah balik pun dah tak dapat.
Tapi, masih ada pengalaman yang tak boley lupa punya. Tak boleh cerita nanti pasti ada yang marah.huhuhu…dia uk uk uk….key jumpa lagi…hahahaha selamat hari raya. Maaf zahir dan batin….

No comments:

Post a Comment