Rumah tu memang banyak pengalaman untuk kita orang semua. Macam – macam la, tapi ada yang manis buat setengah orang, ada yang pahit. Tapi, kenangan itulah yang menjadikan kita keluarga hari ini.
Kenangan-kenangan tu, ejai cerita aje dalam bentuk point yer.
1. Yong baru dapat lesen kereta. Lepas tu abah suruh yong bawak van untuk hantar mee kat kilang-kilang. Masa tukan kita ada van suzuki kecik masa tu.hahaha. apa lagi, secara terpaksanya yong terpaksa memandu van tersebut. Van tu pulak, abah parking menegak naik bukit. Hheehehe. Yong pun masuk van. Semua orang ada kat pintu belakang. Memerhatikan yong bawak van. Kalau bergerak van tu, kitaorang akan jerit tanda sokongan kat yong. Tapi….jeng…jeng….jeng. Bila van tu nak gerak, rupanya dia terundur ke belakang. Mungkin yong pun panik juga, dah terlupa mana satu brek dengan minyak..,hahaha…nak jadi ceritanya, kat belakang tu ada longkang besar, petak, sebesar van suzuki tu…Yong langgar longkang tu. Nasib baik van tu tak masuk betul-betul dalam longkang tuh. Kalau tak, memang dah terlekat kat situ. Nak jadi cerita pulak, nasib baik memang tak de kereta kat belakang. Kalau tak , dushhhh…memang naik angin la abah. Kita orang bila dah tengok macam tu, masing-masing nganga mulut dan terus senyap.hahaha…tapi tak sampai hati jugak tengok yong masa tu…huhu
( Kader-kader pembuat mee...hehhehe...)
2. Mesin mee. Bahaya tul mesin mee nie. Dia hampir meragut nyawa. Kalau tak betul-betul kerja dengan selamat.hehehe.Ada pekerja abah tu, abis tangan dia sebab masuk jari-jari dalam mesin mee yang untuk lumatkan tepung. Nasib baik, bukan yang bunga tu. Kalau bunga, dah tak bertangan budak tu dah. Bukan setakat budak tu. Alang dengan Yong pun dah kena jugak. Alang dia ragut tudung. Nasib baik mak ada masa tuh, mak berhentikan suis. Masa yong pulak, habis….habis….bajulah…..tapi nasib baik, sempat tekan suis. Main nyawa betullah….
3. Pinangan alang ditolak masa tu…kat rumah tulah yang berlakunya. Sebab masuk campur Pak Chu, hehehe…alang hampir tidak berkahwin dengan abang lang.
4. Yong tersungkur…masa tu yong nak pergi seremban, nak jumpa kawan dia. Dia pun suruh la ejai hantar ke bus stop. Ejai pun apalagi, start motor dan bawak yong. Laju jugak la ejai bawak. Nak tunjuk best la masa tu. Jadi bila sampai simpang, ada banyak pasir, tayar jadi tak betul. Apa lagi..prap…jatuh la…kaki yong berdarah. Tapi yong pergi jugak seremban. Pasal dah janji kan….huhu…
Itulah antara pengalaman yang ejai ingat. Lain kali ejai tambah lagi yer. Kalau sapa yang nak tulis pengalaman dia, meh sini hantar kat ejai. Nanti ejai publishkan yer.
No comments:
Post a Comment