Hari keluarga yang pertama berlangsung di Pulau Pinang. Hari Keluarga julung-julung kali diadakan adalah dibawah anjuran Wan dan Kak Diana. Jadi untuk menceritakan hari keluarga ini, kita cerita ikut hari la.
Hari pertama
Hari pertama ialah perjalanan kita orang dari seremban ke Pulau Pinang. Yang berkereta masa tu ialah yong, ita, alang, dan ejai. Kami mula bertolak pagi kerana perjalanan dah tentu jauh. Yang bertolak dari rumah ketika itu ialah yong, ejai, ita dan nas. Sementara alang tunggu kat r&r rawang. Sekitar pukul 10 pagi, kami berpukul disana. Selepas semua ada barulah kami mula bertolak. Kami hanya singgah di R&R sungai perak . selepas bersolat dan makan tengahhari, kami meneruskan perjalanan. Perjalanan sememangnya meletihkan. Ia memakan masa yang cukup panjang. Kami sampai di Pulau Pinang pada pukul 8 malam. Agak-agak la, sebab lama dah berlaku. Dah lupa pulak. Wan tunggu dekat perhentian Jurong agaknye.
Lepas tu terus ke rumah wan. Itulah kali pertama kami kerumah wan. Semua terkejut jugak. Pasal agak cantik juga rumah wan. Lepas rehat-rehat kejap kitaorang keluar pergi cari pesembol…hahaha..dapatlah rasa pesembol tu macam mana.. bely la makanan mamak..lepas tu, balik dan tido. Ingatkan tak cukup tempat nak tido kat umah wan, tapi cukup.huhu.wan pun dah siapkan balai bomba dia untuk tempat tido..hehehe…masing-masing peluk fire extinguisher le kalau tido kat sana.
Hari kedua
Besok pagi, sarapan disediakan oleh chef kak Diana kite laaa..Selepas tu pergi jalan-jalan kat pasaraya apa ke nama dia…pelangi ke apatah. Jalan-jalan untuk beli hadiah.program pertukaran hadiah. Lepas tu, balik rumah wan dan tunggu makan tengah hari ajelah. Makan tengah hari awal sebab kita orang nak bertolak pergi ke pulau pulak. Sebab kita orang ada di seberang. Masakan tengah hari tu, memang best. Rasanya ikan siakap tiga rasa kot. Selepas makan tengah hari, kami pun bertolak.
Wan masa tu pakai keta 4 whell. Katanya mudah nak bawak barang. Perjalanan ke pulau tu tak lama sangat . Tapi sangkut sebab jem kat pelabuhan tu. Tu yang buat lama tu. Akhirnya kami pun sampai pelabuhan. Untuk ke pulau kami terpaksa naik feri. Boleh jugak ikut jambatan. Tapi, kami akan ikut jambatan bila balik nanti. Itulah pengalaman naik feri buat pertama kali di pulau pinang. Si Alip menangis aje, kuat pulak tu. Abis satu feri dengar dia menangis.huhu…
Bila sampai di jeti tu, kami terus bergerak menuju ke hotel yang disediakan oleh wan. Masa tu dah pukul 3 la lebih kurang. Kami terus masuk apartment. Dalam tu ada berapa bilik. Yang pasti semua yang dah kahwin, dapat la bilik. Yang bujang duduk tido kat luar la. Wan pulak dia berada diapartment sebelah sebab keluarga Kak Diana ada juga menyertai program hari keluarga.
Sementara menunggu waktu petang untuk acara sukaneka, kami pergi mandi di kolam renang.Wah…macam-macam aksi tu…ala-ala ikan dolphin pun ada jugak, tapi yang dugong tu macam banyak ajer…hehehe…yang pastinya, alang dengan lin memang main kat tepi aje..huhu..
Petang itu, sekitar pukul 5 , kami bergerak menuju ke pantai. Kami pun bersukaneka. Aktivitinya dah lupa tah. Buat apa ye masa tu. Tapi yang ingatnya ejai yang menang banyak…hahahaa…antara yang ejai menang ialah bawak budak berlari, jahit kain dan baling telor. Tu ejai dengan ya. Yang ejai kalah pulak ialah makan makanan berasam tu. Perghh…mati awal kalau tiap-tiap bulan buat sukaneka macam tu. Tapi, sukaneka tu, boleh lah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Untuk lelaki, perempuan, kanak-kanak dan pasangan.Lebih kurang pukul 6.30 petang, masing-masing balik ke hotel.
Makan malam disediakan oleh keluarga kak Diana. Sian jugak, sebab keluarga kak Diana pun turut serta, tapi kena masak untuk kita orang pulak. Tapi, maklumlah, hari keluarga yang pertama kali ni, tentu banyak kekurangannya. Selepas makan, ialah acara pemberian hadiah. Hadiah telah disampaikan oleh Kak Diana, bagi mewakili pihak penganjur. Selepas pemberian hadiah, abah bagi ucapan dan abah ucapkan terima kasih pada yang terlibat. Abah mengesyorkan agar dibuat tabung bagi keluarga Mohd Sati. Selepas majlis ringkas itu, adik beradik semuanya berkumpul untuk mesyuarat keluarga kali pertama. Masa itu jugaklah tabung keluarga telah dibuat. Habis sahaja mesyuarat, semua orang tidur sebab keletihan dan esok nak balik dengan perjalanan yang panjang.
Hari ketiga
Pagi itu, sarapan disediakan oleh keluarga Kak Diana. Selepas sarapan, budak-budak ini pergi mandi kolam lagi sekali. Bila dah puas barulah kami bersiap sedia untuk bergerak meneruskan acara yang berikutnya. Kami balik dan keluar dari pulau dengan menggunakan jambatan pulau pinang yang terkenal itu.
Kami terus bergerak menuju ke Zoo Taiping. Disana kami berlegar menyaksikan binatang di zoo taiping. Nasib baik naik tren. Kalau tak memang tak berjalanlah punye. Apa taknyer dah letih banget tu.
Selepas berjalan, kami terus balik ke seremban. Wan balik ke pulau pinang dan alang ke sungai petani, kalau tak salah yer. Kalau salah, minta maaf la, sebab dah lama sangat program ini berlaku. Ingat tak ingat ajelah. Kami berhenti sekali lagi di r&r Sungai Perak. Waktu tu dah asar dah. Perjalanan biasa aje. Dan kami sampai di seremban tengah malam. Nak dekat-dekat pukul 12 tgh malam masa tu. Memang letih. Kami tidur awal.
Itulah serba sikit perjalanan program hari keluarga kali pertama di Pulau Pinang untuk tahun 2007.
Rinduku bertandang semula
13 years ago
No comments:
Post a Comment