Setelah disepakati, hari keluarga pada kali ini, dianjurkan oleh keluarga ita. Perancangan sudah dibuat tetapi akhirnya hari keluarga diadakan di Tanjung Resang, mersing, Johor.huhhu.
Semua ahli keluarga berkumpul pada hari jumaat lagi di rumah mak dan abah. Mengikut perancangannya mereka akan bertolak pada pagi hari sabtu. Oleh sebab ejai tak de kat sana,maka ejai tak tahu apa yang berlaku kat sana. Jadi kita terus aje cerita mengikut hari ye.
Hari pertama
Yong, Alang, Wan dan Nas bertolak dari Seremban pagi lagi. Sementara ita dan keluarga pula, awal lagi sudah berada di Tanjung Resang untuk menguruskan penginapan. Sementara ejai pula bertolak dari Tenggaroh. Sebab dekatkan.
Diaorang sampai lebih kurang pukul 1 petang. Ejai pula sampai pukul 2 petang. Bila sampai diaorang pasang khemah.
Sebab bilik tak cukup makanya kenalah tido dalam khemah. Bilik disediakan untuk mak dan abah, yong, ita, alang dan wan. Hhahaha…yang bujang dan anak-anak buah semuanya tido dalam khemah yer. Kemudian semuanya makan tengahhari.
Waktu ejai sampai tu masing-masing ada kat pantai. Wan dan din memancing. Yang lain mandi dan jalan kot. Tiada apa-apa program sampailah petang tu. Selepas minum petang, barulah semua ke pantai untuk acara sukaneka. Macam tahun-tahun lepas, sukaneka terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya untuk acara kanak-kanak, dewasa lelaki, dewasa perempuan dan pasangan. Pelbagai games yang dapat dilaksanakan. Selepas sukaneka, apalagi masing-masing kecebush mandi la. Angin memang kuat pada waktu tu. Sejuk dia bukan kepalang lagi.
Selepas kecut-kecut budak-budak ni mandi, masing-masing pergi mandi paip pulak. Selepas tu tungu waktu maghrib pulak. Sampai maghrib sembahyang berjemaah yang diimamkan oleh abang lang. Kemudian kuliah maghrib di sampaikan oleh ejai sendiri dengan tajuk iman. Ahli keluarga mestilah menjaga akidah ahli keluarga, seperti mana firman Allah yang mafhumnya : (( Jagalah diri-diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka )).
Kemudian, solat isyak berjemaah di sampaikan oleh ejai.
Selepas itu, semuanya ke kafeteria untuk menjamu makan malam. Malam itu berbeku diadakan. Selepas berbeku dan makan malam, masing-masing duduk dan berborak aje. Masing-masing ada kat bilik mak abah. Duduk makan kacang dan kuih-kuih. Bebudak main puzzle…itulah aktiviti malam tu. Angin makin kuat. Malam skit semua orang tidur.
Memang best tidur malam tu. Dengan angin yang kuat dan hujan yang amat lebat.Yang dok dalam bilik la. Tapi yang duk dalam khemah…kahkahkah…air masuk dan banjir hahaha…semua pindah dan tidur kat dewan.hahahah. kecuali ejaila…khemah ejai lagi sket.
Hari kedua
Pagi tu ejai bangun pagi,masing-masing masih nyenyak tidur lagi. Memang best sebab hujan lebat dan dingin…Tapi kami masih boleh solat berjemaah. Selepas solat, ejai sambung balik tidur. Yang lain pergi joging dan berpoco-poco ditepi pantai. Memang keluarga yang menjaga kesihatan.
Selepas sudah mengeluarkan peluh, masing-masing sarapan pagi. Selepas sarapan pagi masing-masing bersiap untuk bertolak pulang. Semua siap awal sebab perjalanan memang cukup jauh, tambahan pula diaorang nak singgah ke Kluang pulak. Mesti banyak makan masa punya.
Sebelum balik, pagi itu ada majlis penyampaian hadiah untuk sukaneka semalam. Jadi ramailah yang dapat hadiah. Selepas majlis penyampaian hadiah, mesyuarat keluarga dilaksanakan. Apa yang menarik tahun ini, mesyuarat keluarga sudah jadi terbuka buat semua ahli keluarga sama ada anak md sati atau pun ipar duai. Jadi meriah sikit la mesyuarat tu.
Kemudian, masing-masing bagi ucapan pula. Bermula dengan abah lepas tu sorang-sorang. Makan tengah hari disediakan awal. Maka kitaorang makan awal. Selepas makan kita orang bertolak menuju ke Bandar Mersing untuk membeli ikan kering dan masin. Ada yang beli keropok dan juga ikan bilis. Selepas itu, kami terus menuju ke Bandar Kluang. Di bandar kluang kita orang singgah jap kat Ayer Hitam. Diaorang keluarlah pergi tengok-tengok barang hiasan. Abah pigi minum kopi. Selepas minum-minum barulah kita orang balik. Sampai rumah memang dah malam.
Begitulah serba sedikit mengenai Hari Keluarga kami yang ketiga. Moga kali ke 4, lebih baik dari sebelum-sebelumnya. Mestilah ada peningkatankan. Selamat berhari Keluarga.
onge rupanya !
ReplyDelete