Tuesday, September 22, 2009

Persiapan raya.



Tahun ini, mak tak berapa sihat. Jesteru itu, mak tak boleh buat kerja yang berat-berat. Nasib baiklah ya, balik awal. Dengan bantuan Din, maka diaoranglah yang sibuk membersihkan rumah. Tak de perubahan cat, tapi hanya kemas-kemas biasa aje.
Manakala Nas dan Lin pulak bersatu membeli set sofa dan kerusi santai yang baru. Harganya bagi sofa ialah RM 699 dan kerusi santai pula RM 399. Jualan sempena Hari Raya.

( set sofa baru. Kak Diana dengan Farhana merasai kelembutan dan keselesaan.Sakit pinggang mereka hilang )

(Tontonan 18sx. Bebudak dengan jagaan ibu bapa. Apa yang nak ditonjolkan ialah kerusi itu. Model kerusi ni yang lebih-lebih...huhuhu )
Yang lain-lain pula bawak kuih-kuih raya dan persediaan baju raya buat adik-adik aje. Ejai pula bawak balik ikan keli sebanyak 10kg. Banyak tuh….

Wan dan Kak Diana balik dengan membawa kejutan. Kereta baru. Mereka telah menukar kereta Hyundai mereka dengan kereta Honda City yang terbaru. Ejai jugak berjaya menukar kereta dari kereta Gen-2 yang cantik kepada kereta Gen-2 yang buruk,hehehe. Tak pelah, tapi kereta itu dah banyak berjasa untuk agama, yang pastinya.

( Isyh..isyh...melampaulah model-model ni. Untuk tontonan 18 sx aje..huhuhu)
Langsir pun masih langsir yang sama. Tapi masih cantik lagi. Langsir tu pun hanya pakai waktu raya sahaja. Lagi pun langsir tu, memang matching dengan set sofa.
Tapi, bukannya barang-barang yang menjadi bahan utama untuk kegembiraan raya. Yang sebenar ialah perasaan ketika merayakannya. Perasaan yang wujud dalam hati ahli-ahli keluarga Md Sati dan Sochaini.

No comments:

Post a Comment