Tuesday, September 29, 2009

Malam tu kami pergi beraya.


Hari Rabu. Raya ke empat. Kami sekeluarga mula nak pergi raya. Yelah…asyik orang aje beraya kami jugak nak beraya. Mula-mula main ajak-ajak aje. Pastu terus mak kata kita pergi beraya. Apalagi bertolak kita orang semua. Ingatkan nak pergi rumah yong. Malangnya Yong dan keluarganya nak balik ke rumah abang long dekat Moncheh.  Yong suruh datang awal , supaya kami dapat beraya bersama ke rumah Nyah bedah.  Tetapi, abah suruh bergerak lepas asar. Terpaksalah kami bertolak lepas asar.
Bermula lepas asar kami ke rumah Dato Rohani. Heheehe…Dato Rohani pergi beraya. Tiada siapa dirumahnya. Kami pergi ke rumah Pak Deris. Pun tak de jugak. Ish,ish,ish…nasib baik naik kereta, kalau jalan kaki, berpeluh ketiak punya. Nasib baik kami ke rumah Pak Cik Bahrin, dia ada kat rumah. Lepas tu kami pergi rumah anak angkat mak dan abah, cik Timah dan Pak Hamzah. Dekat rumah tu, kami bertemu dengan Cikgu Tijah. Lama jugak kami kat situ.
Kemudian, kami bertolak pergi ke rumah cik sabariah atau rumah Pak Ujud. Kami tak boleh lama sangat, sebab hari sudah senja. Pukul 7 malam kami kembali ke rumah.
Malam itu, pukul 8 malam, kami ke rumah Nyah Bedah. Lama kami berborak. Pukul 9 lebih baru kami  ke rumah Cik Nan. Lama tak jumpa cik nan. Tambah pulak  dah ada isteri baru ni. Nampak lebih ceria aje. Di rumah Cik Nan kami dijamu dengan nasi beriani. Kemudian berbual panjang, sebab ejai nak ramuan buat cili boh. Habis segala peralatan  buat cili Cik Nan keluarkan
Pukul 11 kami balik, setelah masing-masing menunjukkan muka toya kerana keletihan. Lin dah sampai terbaring-baring kat sana….hahahah…tahun depan kami datang beraya lagi.

No comments:

Post a Comment