Pada malam itu, kami berbuka puasa bersama. Semua hadir kecuali keluarga Yong. Sebab mereka beraya di Gemencheh. Punyalah ramai, ruang tamu yang sudah diperbesar pun masih tak muat.
Keenakan masakan pada berbuka puasa itu ialah hasil sentuhan kak Diana yang masak ikan siakap 3 rasa. Alang pula menyediakan mee goreng. Rendang daging dan ayam sudah mak sediakan. Sememangnya, perjumpaan besar sekali sekala itu, memang cukup mengujakan.
Kemudian kami sibuk dengan menunggu pengumuman raya. Akhirnya pemegang mohor Raja-Raja mengisyhtiharkan raya berlaku besok, hari Ahad bersamaan 20 September 2009. Apalagi bisinglah rumah itu dengan hiruk pikuk.
Aktiviti selepas itu, bebudak ini pergi main bunga api dan mercun. Bunga api disponsor oleh atuk mereka. Mercun yang besar-besar itu disponsor pula wan. Mercun padang besaq kot. Hahhaha…Dam Dam Dum bunyi mercun….
( gaya tokan ...huhuhu )
Selepas isyak, abah pergi bertakbir dari rumah ke rumah. Kami pula sibuk bercerita. Nas pulak malam tu pergi ke benteng. Tengok apa yang murah. Aku pulak dah tumbang awal. Letih wooo..
No comments:
Post a Comment