Wednesday, September 23, 2009

3 Syawal




Macam biasa, pagi sudah pun bising. Keriuhan amat terasa. Sarapan pagi telah disediakan oleh keluarga Achik.Memang kesian jugak tengok Yan dan Akma, sibuk memasak dan mengemas dapur. Nak buat macam manakan. Kan kita orang ni tetamu namanya. Hehehehe..alasan kepada sebuah kemalasan. Agak lama juga kami nak mula bertolak pada pagi itu. 9.30 pagi barulah kami mengorak langkah.
Sebelum berpisah, sempatlah kami bermaaf-maafan. Saat itulah yang paling menyedihkan. Aku jarang tengok Achik menangis, tapi kali ini dema menangis pulak. Chu pun menangis sama. Tu yang buat aku tak tertahan lagi tu. Tapi aku kan belum kawin lagi, mestilah kena tunjuk macho sket. Mana bleh nangis. Selepas itu, kami pun berpotret untuk sebuah keluarga yang besar.
Keluarga alang dan wan telah menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke arah utara. Alang ke Sungai Petani dan Wan ke Pulau Pinang sebelum bertolak esoknya ke Perlis. Beraya bersama keluarga Kak Diana pulak. Kami pula, masih ada agenda yang perlu kami lakukan. Kami berpatah balik ke Kampar.
Kami singgah ke rumah arwah ayah alang.Mak alang tak ada. Pergi ke Gopeng. Membeli ikan kata dema. Hehehe…kate orang peghok le katekan…Jadi, kami tidaklah berlama disana. Minum air, rasa kuih yang sedap-sedap sket, dan bla….Kami singgah pula ke rumah pak andak. Nasib baik pak andak masih ada. Katanye nak keluar. Tapi, kami sampai tepat pada waktunya. Berbual dan bertanya khabar, kami langsung ke rumah Mak nGah, seperti yang dijanjikan. Keluarga nyah pula beredar dari kumpulan kami. Tinggallah 3 kereta sahaja. Kereta Yong, ejai dan nas.
Sesampai kami disana, makanan sudah pun disediakan. Makanan masakan kampung memang kena dengan citarasa. Ada gulai tempoyak, udang masak lemak, ayam goreng, air laici, air mata kucing dan pelbagai lagi.
Tak cukup dengan itu, mak ngah masak pulak goreng pisang untuk minum petang. Respeklah dengan Mak Ngah. Layanan tip top. Tak menyesal ada mak Ngah dalam keluarga besar ini. Lebih kurang pukul 3.30 petang kami beredar dari rumah Mak Ngah.
Nasib baik perjalanan lancar. Kami amat takut, kalau-kalau perjalanan kami akan terencat disebabkan oleh macet yang teruk. Sebab orang ramai akan kembali ke kota untuk kembali bertugas. Kami ikut jalan dalam sampai ke Tanjung Malim. Dan kembali ke lebuh raya sampai ke rnr Sungai Buluh.
Berhenti disitu sebentar. Makan a&w, sebab alif bodek atuk dia dan terus ke rumah Cik Kri. Asalnya nak singgah rumah kak linda. Tapi perhubungan kami terputus. Kak Linda tak angkat telifon. Di rumah Cik Kri, kami makan malam. Lauk lala masak sambal, burung puyuh goreng, sambal sotong, sayur lemak kuning memang best r. Akibat malam terlalu pendek buat kami, jadi kami pun baliklah. \

Jalan bertentangan dengan kami menuju arah kuala Lumpur jem teruk. Nasib baik jalan kami dipermudahkan Allah. Kami sampai di senawang pukul 10 malam. Alhamdulillah. Habislah syawal ketiga buat kami. Bersyukurlah perjalanan kami selamat.
Buat semua sanak saudara dikampung dan dimana sahaja, aku mewakili keluarga sati mengucapkan ribuah terima kasih atas layanan yang tidak terhingga. Kalian memang da best. Love all of u very much.

Selamat Hari Raya.

No comments:

Post a Comment