Wednesday, September 23, 2009

2 Syawal.


Satu hari dihari raya. Dua hari dihari raya….hehehehe Marah M.Nasir nie. Raya kedua bermula dengan persiapan awal pagi. 6.30 pagi. Keluarga alang bertolak awal, sebab transit dekat gombak dulu. Sarapan pagi itu disediakan oleh ita. Ketupat darat dan nasi goreng.
Sepatutnya kami bergerak pada pukul 8.30 pagi. Tapi kami bertolak pada pukul 9.30 pagi. Mak dan abah, naik kereta baru Honda wan. Kereta ejai, Ya dan Lin. Kereta nas pulak, Din aje yang naik. Yang mana keluarga naik kereta mereka masing-masing.
Perjalanan bermula, dan kami bersepakat untuk berhenti di Ladang Bikam. Perhentian kani agak lama juga kerana menanti keluarga alang yang agak kelewatan. Kami juga amat tidak sangka yang lebuhraya dipenuhi dengan kereta. Elhamdulillah. Itu bermakna ramai yang pergi berziarah pada tahun ini.
Pada mulanya mak nak terus pergi ke Air Hitam dahulu, tapi bila abah kata ke Tapah dulu. Maka kami pun menuju ke Tapah dahulu. Kami ke rumah Mak Kutam dulu. Mak Kutam tetap macam dulu jugak. Cuma kata mak badan dia mula bengkak-bengkak. Pak Kutam pulak sudah menampakkan keuzurannya. Lantai rumah mak Kutam , sudah bertukar ke mozek. Kalau dulu hanya kayu sahaja. Setiap kali kehadiran kami, pasti panas mengundang. Kali ini tidak lagi. Kami menjamah makan tengah hari dirumah mak Kutam sendiri. Mak Kutam sendiri yang memasaknya. Dengan bantuan ita, lin, ya dan anak-anak mak sati yang lain.
Kemudian kami terus bertolak ke tanah perkuburan Air Hitam. Mendoakan untuk arwah atuk, opah dan ayah Ngah yang telah mendahului kami. Selain keinsafan, konsep tarbiyah kepada cucu-cucu agar menjadi anak soleh. Sentiasa menginggati ibu bapa dan berdoa untuknya.
Selepas itu, kami bertolak ke rumah Wan Chu dan Pak Hasan. Ramai yang berziarah rumah Wan Chu. Bertemu pula dengan Mak Ngah dan keluarga. Menjadikan perkumpulanan itu jadi lebih besar. Nasib baik masih ada rumah mak cik Saah. Bersolat dan menikmati juadah hari raya. Ada dodol yang sedap sekali di rumah makcik Saah.
Usai kami menuju ke rumah Pak Chu. Agak petang kami berada disana. Pak Chu tetap macam dulu. Tetap ceria dan bersemangat. Pertemuan itu tidaklah terlalu lama. Kami bergerak ke Tanjung Rambutan, Tambun. Menuju ke rumah Mak Chik. Kenangan yang tak boleh lupa ialah nak masuk ke rumah Achik. Taman perumahan Achik bukanlah besar sangat tapi kami memang selalu tersesat.
Di rumah mak chik, tetap berlangsung dengan keceriaan dan kegembiraan. Selepas makan malam dan menyambut hari jadi Wan( anak Mak Chik ), kami sudah mula mencari port untuk menumbangkan diri. Mencari ketenangan pula untuk mencari sekelumit tenaga untuk esok.

No comments:

Post a Comment