Pukul 6.30 pagi. Rumah tu dah sibuk. Suara cucu-cucu Md Sati dan Sochaini bersiap untuk berhari Raya. Keluarga Norlisani, sedondon merah. Keluarga Norsyima, dah bercampur –campur mengikut warna kegemaran masing-masing. Keluarga Shahrul Azwan dan Kak Diana pulak sedondon warna peach. Ejai pulak macam biasalah, berjubah serba putih. Lelaki sucilah katakan. Nas pulak warna merah. Warna-warna ghairah, maklumlah darah tengah bergejolak huhuhu. Lin pulak berpakaian kebaya hijau. Linda lam….dengan pakaiannya pelangi..hehehe..skrip aziz Sattar tu. Din, baju melayu berwarna pucuk daun pisang. Nasib baik bukan katak pisang.Hehehe… Dan yang paling penting sekali, En Md Sati berpakaian jubah dan Pn Sochaini memakai baju raya berwarna hijau.
Setelah bersarapan, masing-masing sibuk memperkemaskan diri. Abah memang awal lagi pergi ke surau untuk bertakbir. Kami semua bersolat sunat hari raya di surau Taman Senawang Jaya. Imam solat sunat pagi itu, telah diimamkan oleh al fadhil al Ustaz Shahrul Rizal. Khutbah pula disampaikan dengan penuh bersemangat waja oleh al fadhil Ustaz Shahrul Rizal juga.
(itulah gambar khatib termantop...huhuhu )
Selesai bersolat, kami semua berkumpul dirumah. Upacara bermaaf-maaf pun bermula. Bermula dengan keluarga yang paling tua, iaitu keluarga Norlisani. Kemudian diikuti dengan keluarga alang, dan wan. Seterusnya diikuti oleh bujang-bujang Md Sati dan Sochaini. Ejai, Nas, Lin, Ya dan Din.
Kemudian kami meneruskan majlis dengan tazkirah dari ketua keluarga kami iaitu En Md Sati. Antara pesanan abah :
1. Mak tak sihat
2. Selalulah telefon mak dan abah.
3. Jaga kesihatan dengan minum air kosong.
4. Jaga solat dan selalulah baca al Quran.
5. Buat hari keluarga dan kekalkan.
6. Pemilikan rumah 405
7. Jaga kebajikan Ya.
( Masing-masing khusyuk medengar nasihat mak abah.)
Selepas itu, keluarga masing-masing berkumpul untuk sesi bermaafan. Barulah diteruskan dengan pengambaran untuk satu keluarga penuh.
(maaf- bermaafan. jangan lupa mintak duit raya yer. Seronoklah anak buah tu )
Selesai saja sesi bergambar selesai, ejai dan wan sibuk menyiang ikan keli. Sebahagian ikan keli itu, digoreng garing dan dimasak sambal. Menu hari ini disediakan oleh Cheff Diana. Pastinya ikan tu habis dimakan. Yang tak makan pun makan.
Kemudian petang itu, suasana dapur agak meriah dengan masak-masak, sebab tunang Nas nak sampai. Dah masak dan dah hidang pun, rupanya yang datang anak angkat mak pulak. Heheh Cik Timah dengan Pak Cik Hamzah. Layan ajelah.
Tetamu yang ditunggu tiba. Mak dan abah pun layanlah dengan baik punya. Pertemuan itu berjalan dengan lancar. Kami pulak ada kat dapur. Ejai sibuk mengajar macam mana nak buat blog dekat kakak dan adik-adik nie. Nasib baik, pelajar cerdik, jadi taklah susah sangat nak ajar.huhuhu..
( Pengajian blog sedang berlangsung di dapur )
Pukul 6.30 petang. Wan mula bakar arang. Maghrib dah mula bakar ikan. Lama jugak siap bakar tu. Ejai pula buat rempah ayam bakar dan abang lang belikan sosej, fishball, tauhu dan tah apa-apa lagi. Cucu-cucu buat rusuhan apabila makanan tak siap. Laungan “ Kami nak lagi “ telah membuat suasana senawang agak sedikit tegang. Tetapi fru daripada kaum ibu telah menyelesaikan keadaan itu. Tapi kadang-kadang kaum ibu pun turut serta jugak. Keadaan jadi gawat. Bila makanan habis. Keadaan jadi tenang.
Yong pun sampai agak lewat. Mereka di sambut bila mereka hadir. Kereta NT memang senang nak cam. Bunyinya dan warnanya.hahaha….
( Yong baru sampai dan bermaafan )
Malam makin berlabuh. Masing-masing lena dan beristerehat untuk program besok pula.
No comments:
Post a Comment